Satu trend berbeza yang aku nampak pada Shutterstock berbanding dengan stock photo agencies yang lain seperti Dreamstime dan Fotolia ialah, shutterstock membenarkan gambar-gambar yang hampir-hampir serupa dihantar dalam satu batch.
Berbanding dengan Dreamstime dan Fotolia, mereka menghadkan gambar yang hampir serupa dihantar dalam satu batch. Kebiasaannya jika berlaku, mereka akan hanya approved lebih kurang 3 gambar terbaik sahaja. Kalau terlalu banyak pulak....mereka akan keluarkan warning! Aku pernah kena bhai.
Pada pendapat aku...stokers boleh ambil kesempatan ni pada Shutterstock. Boleh perbanyakkan koleksi di dalam Shutterstock. Mungkin pada mata kita hampir sama, tapi pada mata pembeli, kita tak tau, mungkin dalam 10 tu, ada satu yang menepati kreteria yang mereka kehendaki.
Apa pun... selamat mengupload!
No comments:
Post a Comment