Thursday, February 11, 2016

50 Years National Mosque - The Book

Sejak Oktober 2013 aku terlibat dengan projek pembikinan buku mengenai masjid masjid di Malaysia dan beberapa lagi masjid di nusantara. Tugas aku...hanyalah sebagai tukang shoot photo. Tak lebih dari tu. Tak pe lah...memang dah minat aku kan, Alhamdulillah diberikan kepercayaan oleh ATSA Architect untuk kerja ni. 

Alhamdulillah....15 Oktober 2015, Aku terima hasilnya. Salah satu dari 3 buku dah siap dan di terbitkan. ATSA Architect bagi buku ni free kat aku. Tengkiu!!!

Sapa nak buku ni, boleh la beli dgn ATSA Architect atau dapatkan di kedai buku berhampiran. 
Aku tak jual :) 

Kulit buku. CEO Atsa Architect bagi autograph lagi tu

Tak pernah mimpi pun ada nama aku dalam buku



Antara gambau kegemaran aku di Masjid Negara. 

Gambau aerial photo kubah Masjid Negara ni bukan amik pakai dron bhai. Kena panjat minaret Masjid Negara sampai atas. Aku pun lupa nak kira berapa anak tangga. Tapi memang tinggi la. Lift rosak! Tapi bila dah sampai atas, puas mata memandang. Bukan semua orang dapat kesempatan naik minaret Masjid Negara, Aku boleh diklasifikkasikan sebagai insan terpilih la dalan isu ni. 


Macam mana aku bermula dengan stock photo.

Tak tau la nak ambik gambar apa....

Tak pandai shoot la.....

Tak de masa la nak shoot gamba....


Jawapan aku: 

Aku sebenarnya pernah bagi alasan yang sama. Bermain-main dalam kepala aku...Bayangkan aku dah start register dengan 123RF pada tahun 2013 kalau tak silap....tapi sale aku dekat setahun cuma $1.25 kalau tak silap. Ada la 3 keping je yang laku sebab koleksi tak banyak. Tau sebab apa?.....MALAS!

Aku mula serius dalam stock photo ni pada April 2014. Itu pun selepas join Seminar dari Candid Syndrome (Saiful Nang) kat puchong. Baru sedar beb, baru nampak peluang dalam stock photo ni. Teramat luas dan teramat baru bagi orang Malaysia!

Lepas tu aku join pulak seminar dari PIXTA (Agencies stock photo Jepun) kat Mutiara Damansara. Semangat membara beb lepas tu. Paling aku tak lupa mamat Jepun yang bagi seminar tu kata..... Asia content dalam stock photo di dunia ni still tak banyak, jadi peluangnya teramat la besar.

Ok....nak ambil gambar apa? Aku tak pandai ambil gambar studio. Masa pun tak mengizinkan. Equipment pun ada ala kadar je. Aku ambil jalan mudah....ambil gambar kerja apa yang aku buat hari hari. Aku kerja di tapak pembinaan, Aku nak jadi master collector gambar construction! Hahahahaha (riak)

Bila masuk site je aku bawak kamera, Shoot apa saja. Balik rumah baru select, edit, upload. Menjadi taktik aku, Sekarang ni kalau type keyword 'Construction in Malaysia', Insyaallah dalan page pertama tu dah ada terselit gambar aku.

Kamera apa aku pakai? Mula-mula pakai D90 aku. Berat satu hal, nak menjaganya pn satu hal. Tak sesuai untuk tapak construction. Buatnya rosak rugi aku. Aku beli sebiji mirror-less Nikon J2. Ringan, nak handle pun senang. Kualiti gambar pun dah standard DSLR. Kebanyakan koleksi Construction Photo dalam stock agencies aku adalah dari kamera ni.


Satu lagi nasihat aku, join la group FB Microstokers Malaysia. Ramai otai kat sini. Aku pun banyak belajar kat sini. Walaupun tak kenal secara fizikal, tapi mereka sangat la friendly dan banyak membantu.

Selamat mengupload!




Shutterstock - Kelainan dari Stock Agencies lain


Satu trend berbeza yang aku nampak pada Shutterstock berbanding dengan stock photo agencies yang lain seperti Dreamstime dan Fotolia ialah, shutterstock membenarkan gambar-gambar yang hampir-hampir serupa dihantar dalam satu batch. 

Berbanding dengan Dreamstime dan Fotolia, mereka menghadkan gambar yang hampir serupa dihantar dalam satu batch. Kebiasaannya jika berlaku, mereka akan hanya approved lebih kurang 3 gambar terbaik sahaja. Kalau terlalu banyak pulak....mereka akan keluarkan warning! Aku pernah kena bhai. 

Pada pendapat aku...stokers boleh ambil kesempatan ni pada Shutterstock. Boleh perbanyakkan koleksi di dalam Shutterstock. Mungkin pada mata kita hampir sama, tapi pada mata pembeli, kita tak tau, mungkin dalam 10 tu, ada satu yang menepati kreteria yang mereka kehendaki. 
Apa pun... selamat mengupload!


Sunday, February 7, 2016

Dreamstime


Stock Photo aku kat Dreamstime
Dreamstime merupakan diantara stock photo agencies yag terawal aku join. Dah asik kena reject dengan Shutterstock je, exam kat Dreamatime alhamdulillah lulus. 

Kat Dreamstime la juga setakat ni paling banyak aku dapat sale. Cuma ladang-kadang sale aku kat sini macam ada musim. Time banyak, melambak sale, berturut-turut. Time tak de sunyi sepi. Hahahaha.....

Apa pun, jangan tertumpu kepada satu stock agencies je. Perbanyakkan 'kedai'. Insyaallah mungkin di kedai A photo kena reject, tapi di kedai B boleh jadi best seller. Sapa tahu kan. 

Saturday, February 6, 2016

Idea....jadikan apa yg di depan mata anda sebagai Stock Photo


Kalkulator aku....hahahaha
Letak atas meja aku, amik kamera, shoot! No prop, no setting metting, Just shoot!
Tak sangka ada juga orang nak beli gambar kalkualator aku....
Kekadang aku terpikir...diaorang nak buat apa  dengan gambar kalkulator ni kan? 

Selamat mengupload!

Jadikan kerja harian sebagai penjana RM sampingan


Kebanyakan masa kerja aku habis di tapak pembinaan. Jadi, memang boleh dikatakan aku akan bawa kamera Nikon J2 aku sentiasa. Nak bawa DSLR berat sangat la pulak, lagi pun macam tak sesuai la pulak kan. Bawa mirrorless je senang, ringan dan mudah. 

So shoot aje apa yang rasa boleh di submit ke stock agencies. Balik rumah baru tengok, mana yang sesuai aku edit. Kebiasaannya yang mana ada melibatkan model release aku tolak ke tepi. Malas nak pikir pasal model release. Concentrate pada yang editorial dan commercial aje. Selalunya aku submit as editorial aje. Senang nak lepas.

Thursday, February 4, 2016

Sale in Fotolia

Aku shoot gambar ni secara tak sengaja di construction site Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. 


Aku berenti tepi jalan Mersing ke Felda Nitar, Saja je try shoot gamba kelapa sawit. Tak pernah try upload gamba pokok..... sekali tengok laku la pulak. 


Ini adalah screenshoot email dari Fotolia memberitahu ada orang download image aku dan tabung aku bertambah lagi 27sen. Tak de la banyak kan, tapi percaya atau tak....stock photo boleh jadi pandapatan pasif. Sekali upload dan selagi ada orang berkenan dan beli gamba ni, boleh la dapat duit. USD beb!

Dua gambar yang aku kongsikan diatas, adalah diantara gambar aku yang paling banyak laku di Fotolia. Laku dalam pelbagai harga la, bukan hanya sekadar 27 sen. Bergantung kepada saiz yang di download oleh pembeli. 

Aku sebenarnya pun tak tau apa istimewa kedua-dua gambar ni. Pada aku biasa je. Mungkin ada sesuatu pada pembeli kot........ Aku upload je...cargas!

Selamat mengupload!

Wednesday, February 3, 2016

Background photo


Percaya atau tak?

Gambar bata macam ni boleh jadi duit dalam  stock photo
Kategori background / abstract / texture.
Hanya perlu edit sikit guna photoshop.
  
Pikirkan keyword yang sesuai, then upload 
Ada rezeki bolah dapat USD! 

Tiang Bendera

Kenal tak apa ni?
Tiang bendera…..rusted.
Dah lama tak nyanyi lagu Negara ku sambil naikkan bendera.
Dah lama sangat tinggalkan alam persekolahan.    

Tuesday, February 2, 2016

Shutterstock

Lulus exam shutterstock. 50/50 je. Tak dapat markah penuh. 

Aku rasa minat fotography aku sekarang ni dah banyak tertumpu kepada stock photo je. Nak shoot landscape pun masa dah tak berapa mengizinkan. Lagipun stock photo ni boleh generate income. USD lagi tau tak. 

Aku serius dengan stock photo ni sejak April 2014. Sampai hari ni dah dekat 2 tahun. Mula-mula submit pada Dreamstime, pas tu Fotolia dan beberapa stock agencies lagi. 

Shutterstock....hahahaha...nak lulus exam dia punya la seksa. Sampai aku give up beberapa kali. Lepas 7 kali hantar application baru lulus. Itupun 50/50 je. Lulus cukup makan je. Nampak sangat gambar aku teruk kot. 

Shutterstock adalah agency stock photo yang ke 7 aku hantar. Ni agency last kot yang aku join. Nak layan 7 sekali, jenuh jugak tau. Penat. 

Tak pe la, janji lulus, dah boleh start submit gambar. Lulus exam 15/1/2016........sehinga sekarang dah USD6 dalam tangan. boleh la makan kecil-kecilan dulu bagi amatur macam aku ni. 


Hari pertama lulus exam pun aku dah buat sale. Dapat la lima posen.