Wednesday, March 23, 2016

Gambar di surat khabar

Peringatan: Sila abaikan tajuk surat khabar ni. Tak ada kena mengena dengan blog aku! Aku cerita pasal gambau je bukan politik. 

Terjumpa surat khabar ni atas meja member aku. Apa yang terlintas dalam kepala aku:- siapa punya gambar la Putra Perdana dan pelabuhan tu. Yang pastinya bukan gambar aku. Kalau gambar aku, dapat la aku sikit RM. Setidak tidaknya lepas gak breakfast roti canai + teh tarik aku.  

Zaman sekarang ni, untuk mendapatkan gambar, agensi pengiklanan designer atau siapa sahaja, ada alternatif untuk mendapatkan gambar dengan mudah dan murah - STOCK PHOTO AGENCIES.

Zaman berubah

Selamat mengupload.

Ko lain la pandai amik gambar

Aku pernah dapat statement ni dari member aku:

“Ko lain la, pandai amik gambar. Boleh la jual gambar dalam internet.”

 

Tau tak? 5 (2011) tahun dulu aku hanya ada sebiji kamera point shoot brand Vivitar yang aku beli kat pertama kompleks dgn harga RM250. Kalau disebutkan perkataan aperture, bokeh apatah lagi stock photo, jangan harap la aku paham.

 

Tapi disebabkan shoot gambar ni dah jadi minat aku, aku belajar. Aku tak pernah belajar secara formal. Cikgu aku:- kengkawan, FB, Youtube dan google.

 

Aku memang minat dengan fotography sejak sekolah. Tapi tak ada jumpa kawan yang betul-betul sama minat dengan aku. Dan juga diluar kemampuan untuk membeli sebiji kamera yang baik. Zaman tu pakai kamera filem ooo….nak cui gambar mahal.

 

Sehinggalah aku tinggal di Kota Bharu dan Allah temukan aku dengan seorang hamba Allah ni, yang sama minat dengan aku. Dialah yang banyak membantu aku untuk bermula. Aku bersahabat dengan dia sampai sekarang. Semoga Allah membalas jasamu sahabat.  

 

Aku tak ada DSLR pada mulanya, tak mampu nak beli. Lepas kena racun dgn kawan aku tu hari-hari, then aku beli sebiji Nikon D90. Itupun aku buat zero interest instalment. RM3100.00 lebih kurang harganya. Aku mula shoot dengan mood Auto, then belajar guna mood manual. Then off course, aku guna tripod yang dapat free masa beli kamera DSLR tu.

 

Aku pun start dari Zero bhai…bukannya keluar dari perut dah terus tau guna kamera.

Yang penting minat….kalau minat…buat keja penat pun tak terasa.

 

 

 

 

 

 

Sunday, March 20, 2016

Kadang-kadang keyakinan diri tu kena ada

Kadang-kadang keyakinan diri tu kena ada...
Mana taknya, sekali hantar kena reject.....tak pe, tenang dulu, beri 1-2 hari, Submit lagi sekali. Insyaallah boleh approved. Dgn syarat betulkan dulu apa masalah kat gambar tu. 


Kan, aku dah kata, bila aku submit selang 2 hari kemudian, aproved! 
Kelakarnya, gambar yang sama aku tak buat apa-apa pembetulan pun kat keyword. 
Mungkin rezeki aku, dapat reviewer yang hati ada baik sikit. 
Alhamdulillah....tunggu kaching pulak. 

Selamat mengupload!

Gambar Pertama aku semua kena reject!

Semuanya bermula bila aku tak tau nak buat apa dengan koleksi gambar-gambar yang aku simpan dalam hard disk aku. Semakin lama semakin banyak tapi terperap aje dalam hard disk.

Aku tengok member photographer aku yang lain mewah semacam je. Dok upgrade kamera tak pun beli aksesori baru.

Rupa-rupanya.....jawapan mereka adalah Stock Photo! Rupanya aku dah lama tertinggal bas. Mereka dah dah ada koleksi ribuan gambar dalam stock agencies seperti Shutterstock.

Bila tau je, balik rumah terus register Shutterstock.... Submit 10 gambar yang aku rasa paling best la yang aku ada.

Lepas 2 hari .....Shutterstock reply - semua gambar aku kena reject! WHAT!!!!!!

Friday, March 11, 2016

Aku dan Banjaran Titiwangsa


Gambar stock lama (2013). Terperok dalam hard disk aku, baru terjumpa.
Banjaran titiwangsa @R&R Hiway timur Barat. 7.05am.

Enjoy menyaksikan sunrise. Subhanallah. Memang sangat cantik