Zaman sekarang ni, untuk mendapatkan gambar, agensi pengiklanan designer atau siapa sahaja, ada alternatif untuk mendapatkan gambar dengan mudah dan murah - STOCK PHOTO AGENCIES.
Zaman berubah
Selamat mengupload.
Tranformasi hobi fotografi menjadi sumber pendapatan.
Aku pernah dapat statement ni dari member aku:
“Ko lain la, pandai amik gambar. Boleh la jual gambar dalam internet.”
Tau tak? 5 (2011) tahun dulu aku hanya ada sebiji kamera point shoot brand Vivitar yang aku beli kat pertama kompleks dgn harga RM250. Kalau disebutkan perkataan aperture, bokeh apatah lagi stock photo, jangan harap la aku paham.
Tapi disebabkan shoot gambar ni dah jadi minat aku, aku belajar. Aku tak pernah belajar secara formal. Cikgu aku:- kengkawan, FB, Youtube dan google.
Aku memang minat dengan fotography sejak sekolah. Tapi tak ada jumpa kawan yang betul-betul sama minat dengan aku. Dan juga diluar kemampuan untuk membeli sebiji kamera yang baik. Zaman tu pakai kamera filem ooo….nak cui gambar mahal.
Sehinggalah aku tinggal di Kota Bharu dan Allah temukan aku dengan seorang hamba Allah ni, yang sama minat dengan aku. Dialah yang banyak membantu aku untuk bermula. Aku bersahabat dengan dia sampai sekarang. Semoga Allah membalas jasamu sahabat.
Aku tak ada DSLR pada mulanya, tak mampu nak beli. Lepas kena racun dgn kawan aku tu hari-hari, then aku beli sebiji Nikon D90. Itupun aku buat zero interest instalment. RM3100.00 lebih kurang harganya. Aku mula shoot dengan mood Auto, then belajar guna mood manual. Then off course, aku guna tripod yang dapat free masa beli kamera DSLR tu.
Aku pun start dari Zero bhai…bukannya keluar dari perut dah terus tau guna kamera.
Yang penting minat….kalau minat…buat keja penat pun tak terasa.